Tindakan seorang wanita berusia menggendong ibu mentuanya untuk mendapatkan wang pencen menjadi tular.
Warganet menzahirkan rasa simpati melihat keadaan tidak bermaya kedua-dua wanita yang dirakamkan di daerah Surguja, Chhattisgarh di India itu kerana sanggup menempuh cuaca terik sejauh sembilan kilometer.
Aksi nekad menuju ke cawangan Central Bank of India di Mainpat itu dilakukan selepas ibu mentua Sukhmaniya tidak menerima pencen selama empat bulan berikutan dokumen Kenali Pelanggan Anda (KYC) didapati tidak lengkap.
Ketua Pegawai Eksekutif Janpad Panchayat Mainpat, Khushboo Shastri mengakui pemberian pencen itu dihentikan dan tidak lagi dihantar ke rumah wanita tersebut kerana dokumen yang tidak lengkap.
“Selepas urusan KYC diselesaikan di cawangan tersebut, pihak bank segera mengeluarkan bayaran pencen tertunggak sebanyak 2,000 rupee (RM83),” jelasnya.
